20 January 2013

Cara Jaga, Menjaga Dan Penjagaan Arnab

       Cara menjaga arnab dengan baik tidaklah sesukar mana. mudah saja menternak arnab ni. apa yang penting mestilah adanya minat terhadap haiwan peliharaan ini. Amat pelik tetapi benar dan menghairankan apabila ada pemilik atau penternak arnab tidak mampu menjaga arnab mereka dengan baik. Apala dorang ni,,bela nak,, jaga malas..malas sampai bila-bila,baik bagi orang lain jaga je.


Sekiranya anda mendapat atau baru sahaja memiliki arnab iaitu haiwan peliharaan dan tidak pasti dan tidak mengetahui cara-cara untuk menjaganya dengan baik, atau sekiranya anda telahpun memiliki arnab dan merasakan anda tidak menjaga arnab anda dengan baik, baca dan ikut tip penjagaan arnab ini. Anda akan mendapati arnab anda akan lebih seronok dan cergas. Anda juga akan rasa lebih selesa menjaga arnab anda dengan baik. Cara jaga arnab dengan baik seperti:
  1. Lakukan sedikit kajian tentang arnab samaada didalam internet online, buku-buku rujukan, artikel tentang arnab. Cari sebaik mungkin sehingga anda yakin dan merasakan mampu menjaga arnab dengan baik.
  2. Beri makan arnab anda setiap hari, dan pastikan ianya mempunyai air yang bersih dan segar yang sentiasa ditukar setiap hari. Arnab harus diberi makanan palet (5bulan dan kebawah dihadkan memakan Hay sementara 6 bulan keatas seharusnya diberi Hay dan dalam kadar tertentu setiap hari)
  3. Bersih sangkar arnab setiap hari atau bersihkan sangkar dengan kerap.
  4. Bagi vitamin kepada arnab anda supaya lebih sihat.
  5. Memandikan arnab anda tidaklah sesuatu yang penting. Tetapi sekiranya kotor, wajar memandikan arnab anda bagi mengelakkan jangkitan.

No comments:

Post a Comment